MPAA Mengisytiharkan Laman Filem Dari Vietnam Ini Sebagai ‘Laman Filem Haram Paling Popular Di Dunia’ Comments Off on MPAA Mengisytiharkan Laman Filem Dari Vietnam Ini Sebagai ‘Laman Filem Haram Paling Popular Di Dunia’

Sudah menjadi satu kesalahan sekiranya ada pihak yang cuba mengaut keuntungan dengan menyiarkan atau menawarkan perkhidmatan penstriman sesebuah filem tanpa mendapat kebenaran yang sah. Malah baru-baru ini perisian Kodi yang sangat popular di kalangan pengguna yang ingin menonton pelbagai kandungan siri TV ataupun filem pada platform berbeza telah disekat kandungannya.

Nampaknya nasib yang sama ini mungkin akan dihadapi oleh penyedia laman 123movies.to atau turut dikenali sebagai GoMovies.to yang berpangkalan di Vietnam, apabila MPAA (Persatuan Filem Gambar Amerika) telah berjaya membongkar aktiviti laman tersebut. Buat masa ini, laman 123movies.to dikatakan memiliki lebih kurang 98 juta pengunjung pada setiap bulan.

Jumlah pengunjung yang sangat tinggi ini sememangnya amat merisaukan MPAA, sekaligus dengan rasminya telah menggelarkan laman ini sebagai laman filem haram paling popular di dunia. Jadi adalah tidak mustahil laman ini akan disekat untuk diakses pada masa akan datang memandangkan pihak berkuasa di Amerika Syarikat dan presiden Donald Trump dilihat sangat giat untuk membanteras aktiviti sebegini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend