Motorola Umum Senarai 8 Peranti Yang Akan Terima Android Pie Comments Off on Motorola Umum Senarai 8 Peranti Yang Akan Terima Android Pie

Semenjak Google mengumumkan sistem operasi terbaharu Android Pie, banyak pengeluar sudah mula mengeluarkan senarai peranti mereka yang akan menyokong sistem tersebut. Hari ini giliran Motorola pula membuat perkara yang sama.

Motorola bercadang untuk memberi kemas kini kepada pengguna peranti Moto Z3, Z3 Play, Z2 Force Edition, Z2 Play, X4, G6, G6 Plus,dan G6 Play. Jika anda memiliki peranti yang disebutkan anda dikira bertuah. Motorola memaklumkan sebaik ia diterima, pengguna akan menikmata tempoh penggunaan bateri yang lebih panjang, pengalaman split-screen yang lebih mesra, menu tetapan yang berwarna selain paparan navigasi yang intuitif serta paparan aplikasi latar. Pada masa sama, tetapan pintas juga direka semula disamping pengurusan notifikasi yang lebih mudah.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend