Motorola Sahkan Penawaran Telefon Pintar Dengan Skrin Boleh Lipat Keluarannya Tidak Lama Lagi 0 166

Ketirisan berita mengenai perancangan Motorola dalam memperkenalkan telefon pintar dengan rekaan skrin boleh lipat bukanlah sesuatu yang baru kerana ia telah diperkatakan sejak tahun lepas lagi. Malah paten untuk telefon pintar dengan rekaan skrin boleh lipat keluaran Motorola itu juga pernah didedahkan pada Ogos 2018 yang lalu.

Ternyata berita berhubung telefon pintar dengan rekaan skrin boleh lipat keluaran Motorola itu bukan sekadar khabar angin kerana Naib Presiden Produk Global Motorola sendiri telah mengesahkan kemunculan peranti tersebut. Menurut Dan Dery, Motorola sudah lama memulakan projek pembangunan telefon pintar dengan skrin boleh lipatnya itu.

Jika Huawei dan Samsung masing-masing tampil dengan nama Mate X dan Galaxy Fold, telefon pintar dengan skrin boleh lipat Motorola ini pula berkemungkinan besar akan mengembalikan populariti nama RAZR. Berdasarkan pendedahan yang dibuat oleh The Wall Street Journal, Motorola mungkin akan meletakkan harga jualan sekitar USD1,500 (kira-kira RM6,107).

Baca juga:

Motorola Mungkin Akan Mengembalikan Kegemilangan RAZR Dengan Ketirisan Paten Peranti Boleh Lipat

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend