Motorola razr Dengan Rekaan Skrin Boleh Lipat Berukuran 6.2 Inci Kini Dilancarkan Secara Rasmi Comments Off on Motorola razr Dengan Rekaan Skrin Boleh Lipat Berukuran 6.2 Inci Kini Dilancarkan Secara Rasmi

Motorola merupakan satu jenama tidak lagi perlu diperkenalkan kerana jenama yang berasal dari Amerika Syarikat ini sememangnya sangat terkenal dengan rekaan telefon boleh lipat melalui model Motorola razr V3 sekitar tahun 2004 dahulu.

Selepas 15 tahun, kini Motorola telah mengembalikan semula rekaan klasik itu melalui pelancaran Motorola razr yang tampil dengan skrin boleh lipat. Menyokong panel skrin boleh lipat jenis pOLED 6.2 inci beresolusi 2142 x 768 piksel, ia turut dilengkapi dengan paparan skrin kedua OLED sebesar 2.7 inci (600 x 800 piksel) yang dikenali sebagai panel Quick View.

Dikuasakan dengan cipset Snapdragon 710, Motorola razr turut dilengkapi RAM sebesar 6GB dan juga ruang storan 128GB. Ia juga telah dioperasikan oleh Android 9.0 Pie dengan janaan bateri berkapasiti 2510mAh yang menyokong teknologi pengecasan pantas 15W TurboPower.

This slideshow requires JavaScript.

Keupayaan penggambarannya pula tersedia dengan kamera utama pada panel luar yang beresolusi 16MP dengan sokongan f/1.7, Dual Pixel AF, Laser AF dan juga penstabilan elektronik EIS. Manakala kamera swafoto yang terletak pada takuk di bahagian atas skrin pula menyokong lensa beresolusi 5MP (f/2.0).

This slideshow requires JavaScript.

Tersedia dalam satu warna pilihan iaitu Noir Black, harga dan juga tarikh jualan Motorola razr masih lagi belum diumumkan secara rasmi buat masa ini. Namun begitu sebelum ini ada khabar angin yang mengatakan bahawa peranti ini akan dijual pada harga sekitar USD1,500 (~RM6,235) dan akan pra-tempah di Verizon akan bermula seawal bulan Disember 2019 nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend