Motorola One Vision Akan Diperkenalkan Di Brazil Pada 15 Mei Ini? Comments Off on Motorola One Vision Akan Diperkenalkan Di Brazil Pada 15 Mei Ini?

Motorola telah mengesahkan bahawa mereka akan mengadakan acara persidangan pada 15 Mei ini di Sao Paulo. Perkara ini juga telah disahkan melalui poster acah yang tersebar baru-baru ini di arena web.

Di atas poster, tiada maklumat mengenai produk yang ingin dilancarkan tetapi menurut seorang penyumbang di Slashleaks, Sudhanshu Ambhore melalui akaun Twitter-nya memberitahu Motorola akan melancarkan telefon pintar terbaru iaitu Motorola One Vision.

Peranti ini akan menjadi telefon pintar pertama daripada Motorola yang menggunakan skrin berlubang dan cipset Samsung Exynos. Ia didakwa akan hadir dengan resolusi skrin 2520 x 1080 FHD+, dwi-kamera utama dengan salah satunya sensor 48MP, serta cipset Exynos 9610.

Namun begitu, masih tidak dapat dipastikan lagi adakah Motorola akan memperkenalkan produk mereka yang lain dalam acara persidangan yang sama.

Terdahulu, Even Blass, seorang peniris terkenal telah mendedahkan nama untuk peranti Android One Motorola yang lain. Peranti tersebut dinamakan Motorola One Action di atas kod nama ‘troika’. Spekulasi mengenai nama ini juga telah merujuk kepada peranti yang sama iaitu Motorola P40 Note.

Motorola P40 Note juga memiliki paparan berlubang sebesar 6.2-inci dan sistem tri-kamera belakang disamping menggunakan pengimbas cap jari pada panel belakang. Bagaimanapun tiada info mengenai cip pemproses, kapasiti bateri, konfigurasi kamera, dan tarikh pelancaran.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend