Motorola One Kini Ditawarkan Di Shopee – Peranti Android One Pada Harga RM799 Comments Off on Motorola One Kini Ditawarkan Di Shopee – Peranti Android One Pada Harga RM799

Motorola mengumumkan ketersedian Motorola One secara eksklusif di Shopee bermula hari ini, 9 Jan 2019. Peranti ini dijual pada harga RM799 seunit dan ia menawarkan sistem operasi Android One untuk pengalaman antaramuka yang bersih serta kemas.

Pada harga mampu milik ini, Motorola One turut didatangkan dengan 15W Turbo Power yang menjanjikan bekalan bateri selama 6 jam dengan hanya 20 minit pengecasan.

Daripada segi spesifikasi, Motorola One dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 625, 4GB RAM, 64GB storan, kamera depan 8MP, kamera belakang 13MP, paparan 5.9-inci dengan resolusi HD+, serta dikuasakan bateri 3000mAh.

Anda boleh semak peranti ini di Shopee bermula hari ini serta ikuti perkembangan selanjutnya di TeknoRatz.com.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend