Motorola Moto G8 Power Lite Rasmi – Helio P35, Tiga Kamera 16MP, 5000mAh Dan Pengecasan 10W Comments Off on Motorola Moto G8 Power Lite Rasmi – Helio P35, Tiga Kamera 16MP, 5000mAh Dan Pengecasan 10W

Hari ini Motorola dengan rasminya telahpun memperkenalkan telefon pintar kelas pertengahan terbaharunya dengan pelancaran model Moto G8 Power Lite untuk pasaran Jerman dan juga Mexico.

Sebagaimana nama yang digunakan, Moto G8 Power Lite memfokuskan kepada ketahanan hayat baterinya dengan sokongan bateri berkapasiti 5000mAh. Namun begitu, ia hanya tersedia dengan teknologi pengecasan 10W menggunakan port microUSB.

Moto G8 Power Lite telah dikuasakan dengan cipset Helio P35, dan ia masih lagi dioperasikan oleh Android 9.0 Pie. Hadir dengan memori RAM 4GB dan juga storan sebesar 64GB, ia turut dilengkapi slot kad microSD sehingga 256GB.

Ia juga memiliki skrin 6.5 inci Max Vision IPS HD+ dengan nisbah paparan 20:9, dan juga takuk kecil yang menempatkan kamera depan 8MP. Manakala bahagian belakangnya pula tersedia dengan tiga kamera beresolusi 16MP + 2MP (Macro) + 2MP (Depth).

Moto G8 Power Lite yang menyokong lapisan percikan air ini didatangkan dalam warna Turquoise dan Blue. Ia akan dijual pada harga EUR169 (~RM794).

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend