
Sebelum ini Samsung telah menerima paten untuk rekaan telefon pintar boleh lipat di Amerika Syarikat, dan nampaknya bukan Samsung sahaja yang bercadang untuk memperkenalkan telefon pintar dengan rekaan canggih itu kerana Motorola juga baru-baru ini telah menerima kelulusan paten untuk rekaan yang sama.

Untuk pengetahuan anda, paten dari Motorola ini sebenarnya telah difailkan pada September 2016 yang lalu, tetapi ia hanya berjaya mendapatkan kelulusan rasmi pada Mac 2018 yang lalu. Malah Lenovo yang memiliki Motorola ini juga sebelum ini pernah mendedahkan dua konsep telefon pintar boleh lipat Motorola di pameran World Tech Event pada dua tahun lepas.

Berdasarkan kepada rekaan paten yang dikongsikan itu, telefon pintar ini menampilkan paparan skrin yang boleh dilipat pada bahagian tengahnya. Dari perkongsian itu juga, paten ini turut memperlihatkan paten untuk sarung pelindung skrin yang juga boleh digunakan untuk tujuan pengecasan tanpa wayar.