Motorola Edge+ Kini Rasmi Dengan Snapdragon 865, Kamera 108MP, Skrin 90Hz Comments Off on Motorola Edge+ Kini Rasmi Dengan Snapdragon 865, Kamera 108MP, Skrin 90Hz

Motorola nama yang tidak selalu kita dengar hari ini telah melancarkan siri telefon pintar terbaru – Edge. Dibawah siri ini Motorola hadir dengan dua model iaitu Edge+ dan Edge. Kedua-duanya memiliki reka bentuk yang premium cuma dibezakan pada spesifikasi.

Motorola Edge+

Peranti ini dilengkapi skrin AMOLED 6.7-inci FHD+ yang melengkung dengan sokongan 90Hz untuk pengalaman skrin yang lebih lancar. Selain bezel skrin yang nipis, skrin ini juga turut membenamkan kamera depan 25MP di bahagian atas dan pengimbas cap jari di bahagian bawah.

Edge+ dikuasakan cipset Snapdragon 865 dan digandingkan bersama memori LPDDR5 12GB RAM serta 256GB storan jenis UFS 3.0. Telefon ini menawarkan bateri 5000mAh yang boleh dicas pantas 18W melalui sambungan USB-C. Terdapat fungsi pengecasan tanpa wayar 15W dan pengecasan berbalik 5W untuk pengguna mengecas peranti lain yang menyokong pengecasan Qi.

Edge+ membawakan kuadkamera belakang menerusi sensor utama 108MP, telefoto 8MP 3x zum optikal dengan OIS, ultralebar 16MP yang boleh menangkap gambar makro, dan sensor keempat ialah ToF.

Motorola Edge

Peranti kedua yang diperkenalkan ini pula hadir dengan cip pemproses Snapdragon 765G, memori 6GB RAM, dan storan 128GB. Perbezaan lain ialah di kamera belakang yang mana Edge menyertakan sensor utama 64MP manakala selebihnya sama seperti Edge+.

Edge mempunyai kapasiti bateri 4500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 18W. Bagaimanapun tiada sokongan pengecasan tanpa wayar ataupun pengecasan berbalik seperti yang terdapat pada Edge+.

Kedua-dua peranti ini menyokong rangkaian 5G, pembesar suara stereo, dan menjalankan sistem operasi berasaskan Android 10.

Motorola menawarkan Edge+ dan Edge masing-masing pada harga US$599 (~RM2609) dan US$1199 (~RM5222) seunit. Penjualan peranti dimulakan di Amerika Syarikat dan Motorola akan membawa dua peranti ini ke pasaran global tidak lama lagi.

sumber

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend