Motorola Bakal Perkenalkan Telefon Dengan Skrin Melengkung 90-darjah Pada 22 April Ini Comments Off on Motorola Bakal Perkenalkan Telefon Dengan Skrin Melengkung 90-darjah Pada 22 April Ini

Motorola menerusi satu video acah yang telah dimuat naik baru-baru ini telah mendedahkan satu tarikh dimana pada 22 April ini mereka akan melancarkan sesuatu. Tidak dinyatakan apakah produknya, melalui video pendek tersebut, terdapat kelibat peranti yang menunjukkan ianya sebuah telefon dengan skrin melengkung menutupi bahagian sisi.

Khabar angin menyatakan telefon itu adalah daripada siri Edge+ yang mempunyai paparan sebesar 6.67-inci beresolusi FHD+ dengan sokongan kadar segar semula 90Hz, malahan telefon itu juga dipercayai menyokong 5G.

Motorola juga dijangka akan memperkenalkan sistem trikamera pada peranti berkemungkinan dengan konfigurasi 108MP+16MP+8MP sementara versi yang lebih ringan mempunyai tetapan kamera 64MP+16MP+8MP. Dua versi yang dikeluarkan ini memiliki cipset Snapdragon 865 dan Snapdragon 765G.

Ada sumber mengatakan nama Edge+ hanya akan digunakan oleh Verizon (telco Amerika) dan negara lain mungkin akan mengenakan nama dibawah siri Moto One.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend