Moratorium: Tiada Caj Tambahan Atas Bayaran Ansuran Perjanjian Sewa Beli Konvensional/Shariah Comments Off on Moratorium: Tiada Caj Tambahan Atas Bayaran Ansuran Perjanjian Sewa Beli Konvensional/Shariah

Hasil daripada perbincangan dan kata sepakat yang telah dicapai di antara Kementerian Kewangan Malaysia dengan industri perbankan, jumlah ansuran bulanan pinjaman tidak akan berubah bagi peminjam sewa beli (konvensional dan Shariah) sepanjang tempoh pembiayaan tersebut.

Ini juga bermakna tiada sebarang caj tambahan akan dikenakan sewaktu tempoh moratorium (penanggguhan).

Peminjam perlu menyambung pembayaran ansuran seperti biasa berdasarkan terma-terma perjanjian dengan bank masing-masing, termasuk tambahan 6 bulan bagi keseluruhan jadual pembiayaan jika memilih untuk memanfaatkan moratorium tersebut.

Melalui keputusan yang telah dibuat, kerajaan berharap keputusan ini dapat meringankan beban rakyat dalam tempoh yang mencabar ini.

sumber: Twitter/@MOFMalaysia

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend