Mobile Legends: Bang Bang Liga Profesional Untuk Malaysia Dan Singapura Kini Memasuki Musim Liga Ke-5 Comments Off on Mobile Legends: Bang Bang Liga Profesional Untuk Malaysia Dan Singapura Kini Memasuki Musim Liga Ke-5

Mobile Legends: Bang Bang Liga Professional (MPL-MY/SG S5) musim kelima di antara Malaysia dan Singapura yang telah ditaja oleh Telco Digital Rasmi Malaysia iaitu Yoodo, bakal memasuki permulaan Musim Liga baharu yang akan berlangsung pada 29 Februari 2020.

Berlangsung selama enam minggu sehingga 5 April 2020, 10 pasukan terbaik dari Malaysia dan Singapura akan bersaing untuk memenangi jumlah wang terkumpul sebanyak RM410,000 (~US$100,000). Pasukan yang menang juga akan berentap untuk menentukan pasukan terbaik di rantau ini.

Berdasarkan pusingan kelayakan bagi Malaysia dan Singapura yang berakhir pada 16 Februari 2020 yang lalu, Makan Cendol dan Orange Esports dari Malaysia, bersama dengan Notorious Villains, Resurgence, dan Siren Esports dari Singapura telah menempah tempat untuk bertarung pada musim kelima nanti.

Pasukan-pasukan ini telah menyertai pasukan jemputan (Axis Esports, Geek Fam, Team Bosskur, Todak dari Malaysia dan EVOS SG dari Singapura) bagi mengumpulkan mata selama 6 minggu perlawanan.

Pasukan yang mendapat tempat lapan ke-atas akan maju ke MPL-MY/SG S5 Playoffs. Wang terkumpul sebanyak RM200,900 (US$49,000) yang merupakan sebahagian daripada hadiah perlawanan bakal direbut dengan cara insentif mingguan dan bonus kemenangan semasa Musim Liga, sementara wang selebihnya akan dibahagikan semasa Playoffs yang dijadualkan pada 18 dan 19 April 2020.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend