MIUI 12 Kini Rasmi – Animasi Baharu, Mod Gelap 2.0, Lebih Privasi Comments Off on MIUI 12 Kini Rasmi – Animasi Baharu, Mod Gelap 2.0, Lebih Privasi

Bersama-sama dengan pelancaran Xiaomi Mi 10 Youth, Xiaomi juga turut mengumumkan sistem operasi terbaru – MIUI 12.

MIUI 12 masih dijalankan di atas Android 10 tetapi kini ditambah baik dengan sejumlah ciri menarik antaranya seperti animasi baharu, mod gelap yang telah dipertingkatkan, aplikasi kesihatan baharu, dan kawalan privasi yang lebih lengkap.

Daripada segi antaramuka, MIUI 12 mempunyai animasi melancar dan menutup aplikasi yang lebih pantas dan licin berbanding sebelum ini. Mod Gelap 2.0 yang ditambah pula akan berfungsi memalapkan kertas dinding dan muka taip mengikut persekitaran sekeliling untuk memudahkan teks dibaca serta dapat mengurangkan keletihan mata.

Untuk visual, secara lalai ia akan menyertakan kertas dinding hidup yang mana animasi akan membawa pengguna dari pemandangan ruang angkasa ke ruang udara planet apabila peranti dinyahkunci. Ciri AOD (always-on-display) di skrin kunci juga dapat memudahkan pengguna melihat waktu, hari, tarikh, dan peratusan bateri.

Tab navigasi kini menggunakan pendekatan Android 10 dan Xiaomi telah meningkatkan pengurusan notifikasi dengan ciri membalas mesej dengan lebih pantas. Ciri lain adalah pada sistem privasi yang mana ia kini boleh menjejak kelakuan aplikasi untuk menunjukkan kebenaran tertentu untuk digunakan. Xiaomi telah mengimplementasikan protokol keselataman ID maya yang menghalang aplikasi mencurigakan daripada mengakses maklumat penting di peranti.

Xiaomi juga dilihat telah menambah ciri kebolehcapaian AI Calling yang mana ia akan menstranskripsikan panggilan dan mencadangkan tindak balas semasa perbualan untuk pengguna yang mengalami masalah pendengaran. Manakala untuk Mi Health, ia menjanjikan penjejakan aktiviti yang lebih baik seperti penjejakan tidur tanpa peranti tambahan, misalnya pengguna hanya perlu meletakkan peranti di sisi semasa tidur.

Buat masa ini, ujian beta tertutup MIUI 12 dilepaskan kepada pengguna di China sementara versi stabil akan dilancarkan pada bulan Jun 2020. Pengguna global pula akan menerimanya tidak lama selepas itu.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend