Miliki realme 5 Pro Dan realme 5 Sempena Jualan Lazada 10.10 Dengan Hadiah Percuma Eksklusif Comments Off on Miliki realme 5 Pro Dan realme 5 Sempena Jualan Lazada 10.10 Dengan Hadiah Percuma Eksklusif 159

Bersempena Jualan Lazada 10.10 yang berlangsung pada hari ini, realme Malaysia telah mula mengumumkan jualan rasmi realme 5 Pro dan juga pembukaan pra-tempah untuk model realme 5 secara eksklusif di Lazada pada hari ini (10 Oktober 2019).

Untuk tempoh satu hari ini sahaja, pengguna yang membuat pembelian realme 5 Pro (8GB + 128GB) berharga RM1099 di Lazada akan turut menerima realme Buds Wireless edisi terhad Alan Walker secara percuma. realme 5 Pro telah ditawarkan dalam dua warna pilihan iaitu Crystal Green dan juga Sparkling Blue.

Manakala bagi yang berminat untuk memiliki realme 5 (3GB + 64GB) dengan harga RM599 juga sudah boleh membuat pra-tempah model itu bermula hari ini. Menariknya setiap pra-tempah yang dibuat pada 10 Oktober 2019 sempena Jualan Lazada 10.10 akan turut menerima powerbank bernilai RM89 secara percuma.

  • Beli realme 5 dan realme 5 Pro secara eksklusif di Lazada

Baca juga:

realme 5 Dan realme 5 Pro Dengan Kuad Kamera Rasmi Pada Harga Bermula Daripada RM599

[Ulasan] realme 5 Pro, Telefon Pintar Dengan Sokongan Empat Kamera Pertama Daripada realme

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend