Miliki OPPO R15 Pro Dengan Hanya RM50 Sebulan Melalui Langganan Maxis Zerolution Comments Off on Miliki OPPO R15 Pro Dengan Hanya RM50 Sebulan Melalui Langganan Maxis Zerolution

Kolaborasi antara OPPO Malaysia dengan Maxis, membolehkan pengguna telco ini memiliki model terbaru OPPO R15 Pro yang baru sahaja dilancarkan secara rasmi untuk pasaran tempatan. Melalui langganan Maxis Zerolution, pengguna hanya perlu membayar RM50 sebulan dengan tiada bayaran pendahuluan dikenakan (bergantung kepada terma dan syarat).

Untuk menikmati bayaran OPPO R15 Pro secara ansuran setiap bulan, pengguna hanya perlu membuat langganan pelan pascabayar MaxisONE 188 dengan ikatan kontrak selama 24 bulan. Maxis turut menawarkan pelan pascabayar MaxisONE 158 dan MaxisONE 128 yang mana masing-masing menawarkan bayaran bulanan sebanyak RM65 dan RM80.

OPPO R15 Pro yang menyokong dwi kamera utama beresolusi 20 Megapiksel + 16 Megapiksel ini berupaya menukar mod penggambaran bergantung kepada pencahayaan persekitaran. Pada waktu siang, kamera 16 Megapiksel akan dipilih sebagai kamera utama, manakala kamera 20 Megapiksel pula akan dipilih secara automatik pada waktu malam atau dalam persekitaran yang gelap.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend