Miliki OPPO A83 (16GB + RAM 2GB) Pada Harga RM539 Eksklusif Hanya Di Astro GoShop Comments Off on Miliki OPPO A83 (16GB + RAM 2GB) Pada Harga RM539 Eksklusif Hanya Di Astro GoShop

Bagi peminat telefon pintar keluaran OPPO, hari ini OPPO Malaysia telah mengumumkan tawaran menarik untuk anda miliki OPPO A83 dengan sokongan ruang storan 16GB dan RAM 2GB eksklusif hanya di Astro GoShop pada harga RM539. Ini bermakna anda boleh mendapatkan penjimatan sebanyak RM60 (harga asal RM599).

Didatangkan dalam dua warna pilihan iaitu merah dan emas, OPPO A83 menawarkan pengalaman menonton video yang terbaik kerana ia dilengkapi dengan paparan skrin berukuran 5.7 inci HD+ (1440 x 720 piksel). Walaupun tidak dilengkapi dengan sokongan sensor pengimbas cap jari, OPPO A83 menawarkan teknologi Face Unlock melalui kemas kini terbaru.

OPPO A83 yang dioperasikan dengan antaramuka ColorOS 3.2 berasaskan Android 7.1 ini telah dikuasakan dengan pemproses lapan teras berkelajuan 2.5 GHz dan juga bateri berkapasiti 3180 mAh. Untuk aspek penggambaran pula ia didatangkan dengan kamera hadapan 8 Megapiksel (f/2.2) dan juga kamera utama 13 Megapiksel (f/2.2).

Miliki OPPO A83 (16GB + RAM 2GB) secara eksklusif di Astro GoShop!

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend