Miliki Jabra Elite Active 45e, Elite Active 65t Dan Move Style Pada Harga Serendah RM379 Comments Off on Miliki Jabra Elite Active 45e, Elite Active 65t Dan Move Style Pada Harga Serendah RM379

Bersempena musim perayaan dan cuti panjang ini, anda yang sedang mencari sebuah fon telinga tanpa wayar berkualiti boleh memiliki tiga model berbeza yang ditawarkan oleh Jabra Malaysia, iaitu Elite Active 45e, Elite Active 65t dan juga Move Style. Menariknya dua daripada tiga produk yang ditawarkan oleh Jabra ini telah ditawarkan pada harga baharu yang lebih murah berbanding harga asal.

  • Jabra Elite Active 65t – RM899 (RM949)
  • Jabra Elite Active 45e – RM379 (RM399)
  • Jabra Move Style – RM419

Menariknya ketiga-tiga produk keluaran Jabra ini turut didatangkan dengan jaminan waranti selama 2 tahun, yang mana pengguna boleh menikmati penukaran segera 1 ke 1 untuk produk yang bermasalah. Pengguna hanya perlu membawa produk yang ingin ditukarkan ke mana-mana pusat servis yang sah di seluruh negara.

Jabra Elite Active 65t
Jabra Move Style

Setiap pembelian siri Jabra Elite dan Move Style juga akan menawarkan pembeli peluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai RM22,000 melalui aktiviti cabutan bertuah. Apa yang perlu dilakukan adalah mendaftar waranti secara online sebelum 31 Disember 2019 ini.

Baca juga:

Jabra Lancar Polisi Waranti Baharu Dengan Penukaran Segera 1 Ke 1 Untuk Produk Bermasalah

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend