Miliki Huawei Y6 (2018) Bernilai RM619 Secara Percuma Dengan Pelan Celcom FIRST Comments Off on Miliki Huawei Y6 (2018) Bernilai RM619 Secara Percuma Dengan Pelan Celcom FIRST

Anda sedang mencari telefon pintar baru dan tidak mahu mengeluarkan wang simpanan untuk memilikinya?! Celcom kini ada menawarkan pakej menarik apabila anda berdaftar dengan mana-mana pelan Celcom FIRST yang ditawarkan, dan anda akan menerima Huawei Y6 (2018) secara percuma.

Huawei Y6 (2018) yang dijual pada harga RM619 ini ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu hitam atau biru, dan ia mampu memenuhi keperluan hiburan anda dengan teknologi Huawei Listen yang berupaya menghasilkan kualiti audio seperti anda berada di teater ataupun konsert. Ia juga turut didatangkan dengan kamera utama beresolusi 13 Megapiksel dan juga kamera hadapan 5 Megapiksel.

Bagi anda yang berminat dengan tawaran hebat ini, anda hanya perlu melanggan salah satu daripada pelan yang ditawarkan berikut dengan kontrak selama 24 bulan:

  • Celcom FIRST Gold Plus – RM98 (40GB Internet)
  • Celcom FIRST Gold Supreme – RM128 (50GB Internet)
  • Celcom FIRST Platinum – RM148 (60GB Internet)
  • Celcom FIRST Platinum Plus – RM188 (100GB Internet)

Selain itu, Huawei Y6 (2018) ini juga boleh dmiliki dengan hanya RM25 sebulan melalui program Easyphone dari Celcom, dan pengguna berusia 25 tahun ke bawah boleh membeli peranti tersebut dengan diskaun sebanyak 50% melalui pelan pascabayar Xpax.

Pelanggan juga boleh memiliki Huawei Y6 (2018) melalui Celcom Online Store.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend