Miliki Honor 8X Pada Harga RM949 Dan Dapatkan Hadiah Percuma Menarik – Promosi Tempoh Terhad Comments Off on Miliki Honor 8X Pada Harga RM949 Dan Dapatkan Hadiah Percuma Menarik – Promosi Tempoh Terhad

Dua hari yang lepas Honor Malaysia telahpun melancarkan model Honor 8X secara rasmi untuk pasaran tempatan pada harga hanya RM949. Dengan rekaan skrin-ke-kerangka mencecah 91%, Honor 8X telah dijadualkan untuk mula dijual bermula esok iaitu 12 Oktober 2018.

Bagi yang berminat untuk memiliki Honor 8X, setiap pembelian yang dibuat secara atas talian sama ada di Hihonor atau Shopee pada hari pertama jualannya akan turut menerima pelbagai hadiah menarik iaitu 1x kotak hadiah istimewa, 1x Honor 8x Flip Cover dan juga baucar Hihonor bernilai RM100. Manakala untuk pembelian di Shopee pula akan menerima hadiah tambahan berupa Shopee Coin bernilai RM50 dan kesemua hadiah ini adalah sangat terhad bergantung kepada stok.

Jika anda terlepas untuk mendapatkan hadiah menarik ini pada 12 Oktober, Honor Malaysia akan turut mengadakan jerayawara di MyTown Shopping Centre (Cheras), Klang Parade (Klang), Prangin Mall (Pulau Pinang) dan Sutera Mall (Johor Bahru) pada 13 dan 14 Oktober nanti. Pembelian Honor 8X di jerayawara ini akan turut menerima set hadiah yang sama dengan tambahan hadiah beg galas honor.

Lebih menariknya, pembeli juga akan turut menerima hadiah percuma bernilai RM266 iaitu Honor Band 3 dan Honor 8X Flip Cover di kedai Honor terpilih di seluruh negara. Namun begitu hadiah ini hanya terhad untuk 20 unit bagi setiap kedai Honor, dan anda boleh mendapatkan senarai kedai Honor terpilih di http://bit.ly/8Xpromoparticipatingstorelist

 

Baca ulasan Honor 8X:

Honor Buang Bezel Untuk Skrin Yang Lebih Luas – Honor 8X

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend