Miliki ASUS ZenFone Max Pro (M1) Hari Ini Pada Harga RM599, Eksklusif Hanya Di Lazada Comments Off on Miliki ASUS ZenFone Max Pro (M1) Hari Ini Pada Harga RM599, Eksklusif Hanya Di Lazada

ASUS Malaysia baru sahaja melancarkan dua model terbarunya untuk pasaran tempatan dengan kehadiran ZenFone 5 dan ZenFone Max Pro (M1) semalam. Hari ini anda sudah boleh memiliki ZenFone Max Pro (M1) varian 32GB + RAM 3GB pada harga tawaran iaitu hanya RM599 (harga asal RM699), dan ia boleh dibeli secara eksklusif melalui Lazada untuk hari ini sahaja.

Tawaran harga hebat ini juga boleh dinikmati melalui Flash Sales di Lazada untuk tarikh tertentu sahaja iaitu pada 5hb, 12hb, 19hb dan juga 26hb Jun 2018 nanti. ASUS ZenFone Max Pro (M1) menyokong antaramuka Android Oreo asli yang dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 636. Ia juga turut menjanjikan ketahanan penggunaan yang lebih lama dengan sokongan bateri berkapasiti 5000 mAh.

Beli ASUS ZenFone Max Pro (M1) 32GB + RAM 3GB dengan harga RM599 di Lazada hari ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend