Miliki 9 Hadiah Eksklusif Dengan Pra-Tempah OPPO A9 2020 Dan Peluang Menangi Cabutan Bertuah – Satu Gadget Comments Off on Miliki 9 Hadiah Eksklusif Dengan Pra-Tempah OPPO A9 2020 Dan Peluang Menangi Cabutan Bertuah – Satu Gadget 263

OPPO Malaysia baru sahaja melancarkan model OPPO A9 2020 secara rasmi untuk pasaran tempatan pada harga RM1199, dan ia telah dijadualkan akan dijual secara rasmi bermula 28 September 2019 (Sabtu) di seluruh negara. Bagi mendapatkan nilai belian yang lebih berbaloi, Satu Gadget kini telahpun membuka pra-tempah OPPO A9 2020 dengan menawarkan 9 hadiah eksklusif.

Bersempena dengan hari jualan pertama OPPO A9 2020 yang akan berlangsung pada 28 September 2019 ini, Satu Gadget akan turut menganjurkan ‘OPPO A9 2020 First Sale Carnival Lucky Draw’ yang akan berlangsung di Menara PGRM Cheras, bermula jam 11 pagi hingga 6 petang.

OPPO A9 2020 hadir dengan sokongan empat kamera beresolusi 48MP + 8MP (Ultra Wide Angle) + 2MP (Mono) + 2MP (Portrait)

Sepanjang karnival itu berlangsung, pelbagai aktiviti menarik akan turut diadakan termasuklah jualan promosi aksesori pada harga RM1, jualan penghabisan stok telefon pintar model terpilih, pertandingan mewarna dan seni pasir untuk kanak-kanak, permainan mini, dan juga aktiviti cabutan bertuah.

Untuk aktiviti cabutan bertuah, ia terbuka untuk semua pembeli mana-mana telefon pintar jenama OPPO di Satu Gadget bermula April 2019 hingga 28 September 2019. Pelbagai hadiah menarik ditawarkan termasuklah hamper, beg sandang eksklusif OPPO, Realme C2, OPPO A5s dan juga hadiah utama OPPO A7.

  • Pra-tempah OPPO A9 2020 (RM1199) dan miliki 9 hadiah percuma, eksklusif hanya di Satu Gadget

Spesifikasi OPPO A9 2020:

  • ColorOS 6.0.1
  • Qualcomm Snapdragon 665
  • 8GB + 128GB
  • 6.5 inci IPS LCD HD+ (1600 x 720 piksel)
  • Kamera utama: 48MP + 8MP (Ultra Wide Angle) + 2MP (Mono) + 2MP (Portrait)
  • Kamera depan: 16MP
  • 5000mAh
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend