Microsoft Surface Pro X Dengan Harga Bermula Daripada RM4,599 Boleh Dipra-tempah Pada 9 Januari Comments Off on Microsoft Surface Pro X Dengan Harga Bermula Daripada RM4,599 Boleh Dipra-tempah Pada 9 Januari

Selepas merasmikan ketersediaan Surface Laptop 3 dan juga Surface Pro 7 untuk pasaran tempatan pada pertengahan Disember 2019 yang lepas, kini Microsoft bakal hadir dengan satu lagi model terbaharunya iaitu Surface Pro X. Menariknya Microsoft Malaysia turut mengumumkan ketersediaan pra-tempah Surface Pro X ini bermula 9 Januari 2020.

Memiliki berat hanya 774g dan juga kerangka setebal 7.3mm, Surface Pro X merupakan komputer riba 2 dalam 1 yang paling nipis, ringan dan paling berkuasa pernah diperkenalkan oleh Microsoft setakat ini. Sokongan paparan skrin sentuh PixelSense Display berukuran 13 inci dengan rekaan bezel nipis, ia menjanjikan nisbah paparan 3:2 yang sesuai untuk pelbagai tugasan.

This slideshow requires JavaScript.

Surface Pro X dikuasakan dengan pemproses khas iaitu Microsoft SQ1 dan juga Adreno 685 iGPU, storan SSD sehingga 512GB, dan juga kapasiti RAM LPDDR4x sehingga 16GB. Bagi memastikan pengoperasian lebih optimum, ia menyokong perisian Windows 10 Home (pengguna biasa) atau Windows 10 Pro (komersial) dengan percubaan percuma Microsoft Office selama 30 hari.

Dilengkapi dengan bateri berketahanan sehingga 13 jam, Surface Pro X turut hadir dengan teknologi pengecasan pantas 65W yang mampu mengecas bateri daripada 0% sehingga 80% dalam tempoh hanya satu jam sahaja.

Surface Pro X 128GB SSD akan ditawarkan pada harga RM4,599, manakala varian 256GB pula akan dijual pada harga RM5,799. Selain itu Microsoft turut menjual aksesori khas iaitu Surface Pro X Signature Keyboard with Slim Pen (RM1,219), Surface Pro X Keyboard dan juga Surface Pro X Slim Pen yang masing-masing dijual pada harga RM639.

This slideshow requires JavaScript.

Kesemua produk Surface Pro X ini akan mula dijual secara rasmi di Malaysia bermula 17 Januari 2020 nanti.

Pra-tempah Surface Pro X bermula 9 Januari 2020 melalui saluran rasmi berikut:

Spesifikasi Surface Pro X:

  • Windows 10 Home / Windows 10 Pro
  • Microsoft SQ1
  • Adreno 685 iGPU
  • 8GB/16GB LPDDR4x RAM
  • SSD (removeable) 128GB/256GB/512GB
  • 13 inci PixelSense Display, 2880 x 1920 piksel (267 ppi)
  • 10 poin sentuhan, nisbah paparan 3:2
  • WiFi 5 (802.11 a/b/g/n/ac), Bluetooth 5.0, Qualcomm Snapdragon X24 LTE Modem, Gigabit LTE Advanced Pro5 (nanoSIM + eSIM), A-GPS, GLONASS
  • Bateri dengan ketahanan sehingga 13 jam
  • Pengecasan pantas 65W
  • 2x USB Type-C, Surface Connect, Surface Keyboard connector port, 1x nanoSIM
  • 2W Stereo Speaker with Dolby Audio Premium, Dual far-field Studio Mics
  • Windows Hello
  • Kamera depan: 5MP (1080p video) / Kamera utama: 10MP (1080p/4K video)
  • Ambient light sensor, Accelerometer, Gyroscope, Magnetometer
  • Surface Pen: 4,096 levels of pressure, Tilt sensing, 0.1mm precision

Baca juga:

Microsoft Surface Laptop 3 Dan Surface Pro 7 Kini Rasmi Di Malaysia – Bermula RM4499

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend