
Microsoft hari ini telah melancarkan dua komputer riba terbaru menerusi Surface Laptop 3 dan Surface Pro 7. Ia dijual di seluruh negara menerusi kedai-kedai terpilih seperti All IT, Gizmart by PC Image, Gloo by SNS, Harvey Norman, Lazada-Microsoft flagship store, Senheng, Shopee-Microsoft flagship store, dan TMT by Thundermatch mulai Januari 2020 (dua bulan pertama eksklusif di Harvey Norman).
Direka dengan bentuk tubuh menawan, Surface Laptop 3 hadir dengan dua saiz berbeza iaitu 13.5-inci dan 15-inci masing-masing dengan berat 1.26kg dan 1.5kg. Anda boleh memilih papan kekunci dengan kemasan kulit alcantara ataupun logam yang kedua-duanya juga tahan lasak pada harga bermula RM4499.
Surface Laptop 3 dilengkapi teknologi pengecasan pantas dan menurut syarikat sejam pengecasan bateri boleh meningkat kepada 80 peratus. Ini bermakna ia sangat sesuai untuk kegunaan seharian tidak kira di pejabat mahupun di rumah.
Beralih kepada Surface Pro 7, komputer riba ini direka untuk golongan profesional yang mahukan kesempurnaan kerana ia dikuasakan pemproses berkuasa dengan 2.3-kali lebih pantas berbanding generasi terdahulu.
Memiliki berat hanya 775g dengan ketebalan ultra-nipis, Surface Pro 7 turut berupaya memainkan hiburan yang lebih mengasyikkan menerusi sistem audio Dolby Audio Premium. Pakej ini juga disertakan Surface Type Cover, Arc Mouse, dan Pen dalam beberapa pilihan warna.
Berikut adalah senarai harga untuk setiap varian:
Model | Harga Cadangan (RM) |
Surface Pro 7 | |
12.3” Intel® Core™ i5, 128GB SSD, 8GB RAM (Platinum sahaja)** | akan diumumkan |
12.3” Intel® Core™ i5, 256GB SSD, 8GB RAM (Platinum dan Matte Black) | 5,499 |
12.3” Intel® Core™ i7, 256GB SSD, 16GB RAM (Matte Black sahaja) | 6,799 |
12.3” Intel® Core™ i7, 512GB SSD, 16GB RAM (Matte Black sahaja) | 8,299 |
Surface Laptop 3 (13.5″) | |
Intel® Core™ i5, 128GB SSD, 8GB RAM (Platinum sahaja) | 4,499 |
Intel® Core™ i5, 256GB SSD, 8GB RAM (Matte Black sahaja) | 5,699 |
Intel® Core™ i7, 256GB SSD, 16GB RAM (Matte Black sahaja) | 7,099 |
Surface Laptop 3 (15″) | |
AMD Ryzen 5 3580 U, 256GB SSD, 8GB RAM (Matte Black sahaja)# | 6,799 |
Aksesori | |
Surface Arc Mouse
(Tersedia dalam Ice Blue, Poppy Red, Black & Platinum) |
339 |
Surface Pen
(Tersedia dalam Ice Blue, Poppy Red, Black & Platinum) |
399 |
Khusus Type Cover untuk Surface Pro 7
(Tersedia dalam Ice Blue, Poppy Red, Black & Platinum) |
639 |
** Jualan bermula Januari 2020
# Dua bulan pertama dijual secara eksklusif di Harvey Norman