Microsoft Surface Earbuds Diperkenalkan, Earbuds TWS Berbateri 8 Jam Comments Off on Microsoft Surface Earbuds Diperkenalkan, Earbuds TWS Berbateri 8 Jam

TWS Earbuds atau True Wireless Stereo Earbuds ialah fon telinga Bluetooth tanpa wayar sepenuhnya. Ia disambungkan melalui telefon pintar malah ada sesetengah model dari jenama popular di luar sana yang menyokong memori dalaman untuk menyimpan lagu.

Tidak mahu ketinggalan, Microsoft juga turut mengumumkan TWS Earbuds keluaran mereka sendiri yang dinamakan Surface Earbuds. Ia menawarkan ketahanan bateri yang panjang iaitu 8 jam dalam memainkan muzik. Seperti earbuds lain, earbuds ini juga didatangkan dengan sarung penyimpan yang boleh dijadikan sebagai alat pengecas. Melaluinya, fon telinga ini boleh digunakan dengan lebih lama tambahan sehingga 24 jam.

Surface Earbuds menyokong Android Fast Pair dan Windows Swift Pair, membolehkan pengguna mengawalnya hanya menggunakan sentuhan pada badan ataupun menggunakan arahan suara.

Sepasang mikrofon dipasang pada earbuds ini untuk memberikan pengalaman yang optimum kepada pengguna. Selain itu, pengguna juga boleh manfaatkan fungsi ini apabila menggunakan Microsoft Office 365, PowerPoint, atau mengalih bahasa kepada lebih 60 bahasa. Melengkapkan Microsoft Earbuds, terdapat integrasi Spotify bagi memudahkan pengguna melayan muzik.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend