Microsoft Dikhabarkan Akan Memperkenalkan Telefon Pintar Yang Dioperasikan Dengan Platform Android?! Comments Off on Microsoft Dikhabarkan Akan Memperkenalkan Telefon Pintar Yang Dioperasikan Dengan Platform Android?!

Baru-baru ini ada pihak yang melaporkan bahawa Microsoft akan memperkenalkan telefon pintar terbaru keluarannya yang akan dioperasikan dengan platform Android. Khabar angin yang dikongsikan ini telah mula tersebar selepas ada pengguna yang mengajukan soalan kepada wakil Microsoft tentang ketersediaan model terbaru Lumia.

Melalui perbualan itu, wakil Microsoft itu telah mendakwa bahawa jurutera di Microsoft kini bakal memperkenalkan model terbaru yang akan dioperasikan dengan platform Android pada masa akan datang. Walau bagaimanapun, butiran terperinci berhubung perkara itu masih lagi dirahsiakan buat masa ini.

Nokia X dan Nokia XL sebelum ini telah diperkenalkan dengan sokongan platform Android tetapi ia tidak boleh menyokong aplikasi dari Google.

Sebenarnya khabar angin ini bukanlah sesuatu yang baru kerana sebelum ini Microsoft pernah melancarkan dua model keluarannya yang dioperasikan dengan platform Android pada tahun 2014 yang lalu dengan model Nokia X dan Nokia XL. Sungguhpun begitu, kedua-dua model ini dilihat menampilkan sentuhan antaramuka seperti Windows Phone dan ia tidak menyokong aplikasi Google seperti Play Store.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend