Microsoft Akan Lancar Permainan ‘Gears Pop’ Berasaskan Francais Permainan ‘Gears of War’ Untuk Peranti Android Dan iOS Comments Off on Microsoft Akan Lancar Permainan ‘Gears Pop’ Berasaskan Francais Permainan ‘Gears of War’ Untuk Peranti Android Dan iOS

Baru-baru ini Microsoft telah membuat pelbagai pengumuman berkaitan permainan yang dibangunkannya di dalam acara media E3 2018 yang berlangsung di Los Angeles. Apa yang menarik perhatian adalah pendedahan mengejut Microsoft untuk menghasilkan permainan mudah alih pertamanya yang diadaptasikan daripada francais permainan Gears of War iaitu Gears Pop.

Permainan mudah alih Gears Pop yang akan diperkenalkan pada tahun 2019 nanti untuk peranti Android dan iOS telah menampilkan karakter asal permainan Gears of War. Lebih istimewa, penggunaan karakter dengan sentuhan eksklusif dari Funko Pop ini tampil lebih unik berbanding permainan asalnya.

Buat masa ini masih belum ada sebarang maklumat lanjut berhubung Gears Pop, tetapi permainan ini telah disahkan akan dibangunkan oleh Mediatonic yang sebelum ini pernah menghasilkan permainan Fable Fortune untuk Microsoft.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend