Mercedes-Benz Merupakan Jenama Kereta Mewah Terbaik Pada Tahun 2019 Comments Off on Mercedes-Benz Merupakan Jenama Kereta Mewah Terbaik Pada Tahun 2019

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) menutup 2019 sebagai jenama kereta premium mewah terbaik mengekalkan kedudukan utama dalam segmen dengan 10,020 buah kereta terjual sepanjang tahun lalu.

Pencapaian ini turut mendorong kepada pegangan pasaran sebanyak 1.8%, hasil daripada strategi berpusatkan pelanggan yang mengutamakan keinginan pengguna.

Dr. Claus dengan Mercedes-Benz S560e terbaru

Presiden MBM dan CEO, Dr Claus Weidner berkata, “Kami telah berjaya menapak di negara ini pada tahun 2019 dengan memenangi hati para pelanggan. 2019 merupakan tahun yang mana kami dapat memasarkan produk yang inovatif serta memenuhi kehendak pelanggan.

Kami juga meraikan ulang tahun ke-15 kecermelangan dalam pemasangan tempatan dengan 100,000 buah kereta selain menjadi permulaan inisiatif eksport ke Filipina.”

Ahli jawatan tertinggi MBM memperagakan produk terbaru mereka

Sepanjang 2019, MBM telah melancarkan barisan model terbaru E-class melalui E350 AMG Line, E200 SPORTSTYLE Avantgarde, dan E300 Exclusive Line. Manakala segmen sedan permulaan dibarisi A200 dan A250.

Segmen SUV juga menampilkan model baharu GLC 200, 300, 300 Coupe, dan GLE disamping kereta berprestasi antaranya seperti Mercedes-AMG A35, GT-R, GT-C, C63 S Coupe, C63 S serta yang terbaru GT 63 S 4MATIC+ (harga melebihi RM1.8 juta).

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend