Menjelang Tahun 2021 Apple Mungkin Tidak Lagi Menyediakan Port Lightning Pada iPhone Comments Off on Menjelang Tahun 2021 Apple Mungkin Tidak Lagi Menyediakan Port Lightning Pada iPhone

Menurut Ming-Chi Kuo selaku penganalisa TF Securities yang popular dengan ketepatan ramalan yang dikongsikannya, Apple dipercayai berkemungkinan besar akan mengambil pendekatan untuk terus menyingkirkan penggunaan port Lightning menjelang tahun 2021 nanti.

Berdasarkan ramalan yang dibuat itu, tindakan itu dibuat oleh Apple bagi memastikan pengalaman penggunaan tanpa wayar pada peranti keluarannya pada masa akan datang. Namun begitu, menurutnya tindakan untuk menyingkirkan port Lightning itu akan hanya dilaksanakan pada model tertinggi sahaja.

Malah pada awal tahun 2021 nanti juga, Kuo turut menjangkakan kemunculan model iPhone SE 2 Plus yang akan menampilkan rekaan skrin penuh dengan sokongan takuk kecil tanpa fungsi Face ID. Manakala kedudukan Touch ID pada peranti ini dipercayai akan diintegrasikan terus pada butang kuasa.

Melalui laporan berasingan daripada penganalisa JPMorgan sebelum ini, Apple dikatakan akan mengambil pendekatan untuk memperkenalkan empat model iPhone pada setiap tahun. Apple dijangka akan melancarkan dua model iPhone kelas pertengahan premium pada awal tahun, dan dua model iPhone daripada kelas premium pula akan diperkenalkan pada penghujung tahun.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend