Mengapa Kamera 25MP Di Bawah Skrin Pada Huawei Nova 4 Diletakkan Di Kiri Paparan, Ini Sebabnya… Comments Off on Mengapa Kamera 25MP Di Bawah Skrin Pada Huawei Nova 4 Diletakkan Di Kiri Paparan, Ini Sebabnya…

Kemunculan Huawei Nova 4 sebelum ini telah menjanjikan pengalaman telefon pintar dengan skrin penuh yang jauh lebih baik kerana menawarkan rekaan kamera depan di dalam skrin. Namun begitu, pasti ada di antara anda yang mempersoalkan mengapa kedudukan kamera pada model ini tidak diletakkan sahaja di tengah-tengah skrin?!

Untuk pengetahuan anda, sokongan kamera swafoto beresolusi 25MP pada Huawei Nova 4 telah diletakkan di sebelah atas kiri skrin kerana didorong oleh dua sebab utama:

1. Menjanjikan pengalaman penggunaan tanpa gangguan
Pernahkah anda terfikir bahawa kedudukan lubang kamera pada skrin yang terdapat di tengah-tengah atas skrin sebenarnya masih boleh mengganggu pandangan anda ketika menggunakannya. Kehadiran satu lubang hitam ketika anda sedang bermain permainan mudah alih ataupun menonton video sedikit sebanyak pastinya akan mengganggu pengalaman hiburan anda.

Jadi apabila kedudukan kamera depan diletakkan di sisi kiri atas skrin, anda mungkin tidak begitu terganggu dengan kehadirannya apabila peranti digunakan dalam mod landskap. Bahkan kehadiran lubang kamera pada skrin tidak akan disedari ketika anda sedang bermain permainan mudah alih kerana ia akan terlindung dengan ibu jari tangan kiri and.

2. Memastikan swafoto dengan sudut sempurna
Bagi mendapatkan hasil gambar swafoto yang terbaik, ada sudah tentunya menyedari bahawa kebanyakan daripada individu akan mengambil gambar dari sudut tepi dan bukannya berdepan dengan kamera. Jadi dengan meletakkan kamera swafoto pada sebelah kiri atas skrin, anda mampu mengambil gambar swafoto dengan sudut sempurna.

Selain itu, pandangan mata pada kamera juga akan kelihatan lebih semulajadi kedudukannya, dan ini secara tidak langsung memastikan mata tidak cepat penat. Ini adalah sangat penting bagi sesetengah individu yan suka mengambil banyak gambar swafoto pada satu-satu masa bagi mendapatkan hasil yang sempurna.

Kamera depan 25MP dengan sokongan kecantikan AI
Pengambilan gambar swafoto juga akan lebih sempurna dengan kamera depan 25MP di dalam skrin pada Huawei Nova 4 kerana ia turut dilengkapi dengan sokongan kecantikan AI secara automatik. Lebih menariknya, pengguna juga bebas untuk melaras tahap kecantikan yang diingini secara manual seperti pembayang mata, tahap ketebalan bibir, hidung yang lebih mancung dan banyak lagi.

Baca juga:

[Tips] Tak Suka Kewujudan ‘Lubang Hitam’ Pada Huawei Nova 4?! Ini Cara Untuk Sembunyikannya…

8 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Tentang Rekaan Kamera Depan Huawei Nova 4?!

5 Ciri-Ciri Menarik Fungsi Video AI Yang Disokong Oleh Huawei Nova 4

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend