Menara Bank Rakyat, SKMM Ditutup Sementara Untuk Kerja-kerja Nyahkuman Comments Off on Menara Bank Rakyat, SKMM Ditutup Sementara Untuk Kerja-kerja Nyahkuman

Lanjutan daripada peningkatan kes COVID-19 di negara ini, beberapa organisasi telah mengambil langkah pencegahan membasmi kuman di pejabat mereka.

Setakat hari ini, Bank Rakyat melalui notis pemberitahuan terbaru memaklumkan ibu pejabat Menara 1 dan Menara 2 di Jalan Rakyat, Brickfield kini ditutup untuk sementara waktu bermula hari ini, 5 Mac hingga 8 Mac 2020. Segala operasi turut dihentikan kecuali cawangan utama bank berkenaan, Pusat Kad dan Ar-RAhnu X’Change.

SKMM dalam notis yang sama memberitahu ibu pejabat dan bangunan lama MCMC di Cyberjaya juga ditutup bermula semalam hingga 8 Mac 2020 untuk kerja-kerja pembersihan sebagai langkah proaktif ekoran penularan wabak COVID-19.

Sebarang urusan, anda boleh menghubungi Bank Rakyat melalui talian tele-Rakyat 1300-80-5454 dan SKMM melalui laman sesawang mcmc.gov.my untuk permohonan penguntukan radas.

Berita PALSU yang tersebar sejak semalam

Pada masa sama, orang ramai disarankan supaya tidak menyebarkan berita palsu kerana ia akan menimbulkan kebimbangan orang ramai malah boleh didakwa dibawah akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara setahun.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend