Menangi Samsung Galaxy Note10 Dengan Menyertai Peraduan Fotografi #MYSamsungCreation Comments Off on Menangi Samsung Galaxy Note10 Dengan Menyertai Peraduan Fotografi #MYSamsungCreation

Anda berbakat dalam mengambil gambar atau berminat untuk mencuba nasib untuk memenangi Samsung Galaxy Note10?! Bermula hari ini sehingga 13 Disember 2019, Samsung Malaysia telah menganjurkan peraduan fotografi bertema iaitu #MYSamsungCreation dengan menggunakan peranti Samsung yang anda miliki.

Dengan tema fotografi yang berbeza pada setiap minggu, anda hanya perlu mengikuti empat langkah mudah seperti berikut:

  1. Follow akaun Instagram rasmi @SamsungMalaysia dan pastikan akaun Instagram anda disetkan sebagai ‘public’.
  2. Ambil gambar mengikut tema mingguan yang ditetapkan.
  3. Muat naik gambar penyertaan ke profil Instagram, sertakan sekali tanda pagar #withGalaxy #MYSamsungCreation #phonemodel (contoh: #Galaxynote10) dan jangan lupa tag @SamsungMalaysia.
  4. Tag 2 orang rakan anda di dalam pos tersebut dan pastikan rakan-rakan anda turut mengikuti akaun Instagram  @SamsungMalaysia.

Tema fotografi pada setiap minggu bermula daripada 15 November hingga 13 Disember 2019:

  • Minggu 1 (15 hingga 21 November 2019) → ‘Light & Shadows’

  • Minggu 2 (22 hingga 28 November 2019) → ‘Little Things to Focus in Life’

Untuk maklumat lanjut tentang peraduan #MYSamsungCreation, anda boleh layari https://www.samsung.com/my/

Baca juga:

[Pra Pandang] Samsung Galaxy Note 10 / Note 10+, Ini Ciri Menarik Yang Kami Suka

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend