Menangi Realme 3 dan Hadiah Bernilai Sehingga RM10,000 Dalam Jerayawara Jualan Pertama Realme 3 Comments Off on Menangi Realme 3 dan Hadiah Bernilai Sehingga RM10,000 Dalam Jerayawara Jualan Pertama Realme 3

Realme 3 telahpun dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 21 Mac 2019 yang lalu dan buat masa ini ia hanya boleh dibeli secara eksklusif di Lazada pada 27 Mac 2019. Dengan harga jualan yang mampu milik dan disertakan dengan sokongan spesifikasi yang baik, Realme 3 telah berjaya mendapat sambutan yang positif daripada pengguna tempatan.

Sekiranya anda ingin memiliki Realme 3, satu kempen Jerayawara (roadshow) Jualan Pertama Realme 3 akan diadakan pada 6 April 2019 ini, di Realme Image Store yang terletak di Sunway Pyramid Shopping Mall. Manakala pada 7 April 2019, kempen yang sama akan turut diadakan di Sunway Velocity Mall, Cheras. Kempen ini akan berlangsung bermula jam 1 petang hingga 9 malam.

Bagi pengunjung yang hadir, anda boleh menyertai pelbagai aktiviti termasuklah pertandingan permainan mudah alih seperti PUBG Mobile, Mobile Legend: Bang Bang, Asphalt dan banyak lagi. Pelbagai hadiah menarik bernilai lebih RM10,000, termasuk Realme 3 akan ditawarkan kepada pemenang di dalam acara yang dipertandingkan pada hari itu.

Realme 3 ditawarkan dalam tiga warna pilihan iaitu Radiant Blue, Dynamic Black (seperti dalam gambar) dan Classic Black.

Realme 3 ditawarkan pada harga yang sangat kompetitif iaitu berharga RM599 untuk varian 3GB + 32GB, manakala varian 4GB + 64GB pula dijual pada harga RM699.

Baca juga:

8 Perkara Menarik Yang Perlu Anda Tahu Tentang Realme 3?!

Realme 3 Kini Rasmi Dengan Helio P60, Dwi Kamera dan Bateri 4230 Mah Dengan Harga Daripada RM599

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend