Menangi Baucar Percutian Bernilai RM10,000 Dengan Pembelian Peranti Samsung Terpilih – 1 Ogos Hingga 16 September 2019 Comments Off on Menangi Baucar Percutian Bernilai RM10,000 Dengan Pembelian Peranti Samsung Terpilih – 1 Ogos Hingga 16 September 2019

Bagi meraikan sambutan bulan kemerdekaan, Samsung Malaysia kini telah menganjurkan peraduan mudah yang menawarkan baucar percutian bernilai RM10,000 dengan setiap pembelian peranti Samsung terpilih.

Bermula 1 Ogos hingga 16 September 2019 nanti, anda hanya perlu membuat pembelian model terpilih keluaran Samsung termasuklah Galaxy S10, Galaxy Note 9, siri Galaxy A, peranti boleh pakai Samsung, dan juga tablet, untuk peluang memenangi hadiah yang ditawarkan.

Untuk menyertainya, anda hanya perlu mengikuti beberapa langkah mudah seperti berikut:

  1. Beli peranti Samsung yang terpilih.
  2. Layari https://www.samsung.com/my/2019merdeka untuk mengisi butiran peribadi, dan jawab soalan mudah.
  3. Hantarkan penyertaan anda dan nantikan pengumuman pemenang bertuah pada 7 Oktober 2019.
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend