Meizu Zero Diperkenalkan Sebagai Telefon Pintar Pertama Tanpa Butang Fizikal, Speaker Dan Port Comments Off on Meizu Zero Diperkenalkan Sebagai Telefon Pintar Pertama Tanpa Butang Fizikal, Speaker Dan Port

Hari ini Meizu telah membuat kejutan apabila memperkenalkan Meizu Zero sebagai telefon pintar pertama di dunia tanpa sokongan butang fizikal, lubang speaker mahupun speaker. Memandangkan ia tidak memiliki sebarang lubang pada kerangkanya yang diperbuat daripada seramik, ia turut menyokong ciri kalis air dan debu melalui pengiktirafan IP68.

Berikutan rekaan di luar kebiasaan pada Meizu Zero ini, ia telah menerima pelbagai ciri-ciri menarik seperti sokongan teknologi pengecasan pantas tanpa wayar 18W daripada Meizu Super mCharge Wireless, butang maya mSound 2.0 pada sisi kerangkanya bagi menggantikan butang fizikal untuk melaras suara, dan juga hadir dengan sokongan eSIM. Manakala untuk speaker ia menggunakan piezoelectric transducer di bawah skrin seperti Sharp Aquos Crystal dan Xiaomi Mi MIX.


Panel depan Meizu Zero tersedia dengan skrin AMOLED berukuran 5.99 inci yang dilengkapi dengan teknologi pengimbas cap jari pada skrin, dan juga kamera depan beresolusi 20MP. Panel belakangnya pula menawarkan dwi kamera 12MP (Sony IMX 380) + 20MP (Sony IMX 350).

Buat masa ini Meizu Zero telah diperkenalkan sebagai peranti konsep yang masih lagi dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 845, dan pemproses ini akan digantikan dengan Qualcomm Snapdragon 855 apabila ia dikomersialkan nanti. Malah sokongan konfigurasi memorinya juga masih belum diumumkan.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend