Meizu M8 Dengan RAM 4GB, Skrin 5.7 Inci HD+ Dan Dwi Kamera, Mula Dijual Pada Harga RM529 Comments Off on Meizu M8 Dengan RAM 4GB, Skrin 5.7 Inci HD+ Dan Dwi Kamera, Mula Dijual Pada Harga RM529

Meizu Malaysia baru-baru ini telah mengumumkan ketersediaan jualan telefon pintar mampu milik terbaharunya iaitu Meizu M8 untuk pasaran tempatan.

Meizu M8 menampilkan rekaan skrin tanpa takuk berukuran 5.7 inci HD+ (1440 x 720 piksel) ini telah dikuasakan dengan cipset MediaTek Helio P22, menyokong konfigurasi memori 4GB + 64GB, dengan sokongan slot kad microSD sehingga 128GB. Dengan kerangka setebal 8.1mm, ia turut tersedia dengan bateri berkapasiti 3100 mAh menggunakan sambungan port microUSB.

Untuk penggambaran, Meizu M8 menyokong kamera depan beresolusi 5MP (f/1.9) yang juga boleh digunakan untuk fungsi pengecaman wajah AI. Manakala untuk kamera belakangnya pula hadir dengan dwi lensa beresolusi 12MP (f/2.2) + 5MP (f/2.2) yang turut menyokong mod penggambaran bokeh.

Meizu M8 sudahpun mula dijual pada harga RM529, dan ia ditawarkan dalam empat warna pilihan yang menarik iaitu hitam, emas, biru dan ungu.

  • Beli Meizu M8 (4GB + 64GB) dengan 1 tahun jaminan waranti daripada Meizu Malaysia di Shopee
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend