Meizu E3 Akan Dilancarkan Secara Rasmi Pada 21 Mac 2018 Comments Off on Meizu E3 Akan Dilancarkan Secara Rasmi Pada 21 Mac 2018

Meizu masih boleh dianggap sebagai salah satu daripada jenama telefon pintar yang agak baru untuk pasaran tempatan. Sungguhpun begitu, jenama ini sebenarnya ada menawarkan pelbagai pilihan model yang agak menarik pada harga mampu milik seperti model M6 Note dan juga M6.

Nampaknya satu lagi model terbaru keluaran jenama itu akan diperkenalkan pada 21 Mac 2018 nanti di China dengan kemunculan model baharunya iaitu Meizu E3. Selain daripada tarikh pelancaran rasmi, pengguna di Weibo juga telah berkongsi gambar Meizu E3 yang lebih jelas dalam tiga warna iaitu hitam, biru dan juga emas.

Meizu E3 dipercayai akan menyokong skrin 5.99 inci FHD+ dengan nisbah paparan 18:9, pilihan ruang storan 32GB, 64GB dan 128GB, memori RAM 4GB atau 6GB, bateri berkapasiti 3300 mAh, kamera hadapan 8 Megapiksel, dwi kamera utama beresolusi 20 Megapiksel + 12 Megapiksel, dan juga dikatakan akan dioperasikan oleh pemproses baharu yang masih lagi belum diumumkan iaitu MediaTek Helio P70.

Lebih istimewanya, Meizu E3 dikatakan akan menampilkan butang Super mBack yang sensitif pada sentuhan sama seperti Meizu M6S, dan juga menyokong pengimbas cap jari yang terletak pada bahagian sisi kerangkanya.

Meizu E3 akan dijual dengan harga antara CNY1,799 (kira-kira RM1,111) hingga CNY1,999 (kira-kira RM1,234).

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend