Meizu 16X Dilancarkan Dengan Sokongan Pengimbas Cap Jari Pada Skrin Serta Pemproses Snapdragon 710 Comments Off on Meizu 16X Dilancarkan Dengan Sokongan Pengimbas Cap Jari Pada Skrin Serta Pemproses Snapdragon 710

Sebagaimana yang telah dijanjikan, hari ini Meizu dengan rasminya telah melancarkan model terbaharunya iaitu Meizu 16X yang tampil dengan rekaan skrin penuh tanpa takuk. Disasarkan untuk segmen kelas pertengahan, Meizu 16X dilihat mengekalkan penampilan siri Meizu 16th yang memperlihatkan kerangka logam dengan rekaan simetri.

Dari segi prestasi, Meizu 16X sememangnya tidak mengecewakan kerana ia telah dikuasakan dengan pemproses terbaharu Qualcomm Snapdragon 710 dengan kelajuan maksimum 2.2GHz. Selain itu ia menyokong paparan skrin 6.0 inci AMOLED FHD+ dengan nisbah skrin-ke-kerangka mencecah sehingga 90.62%. Apa yang lebih menariknya, ia turut dilengkapi pengimbas cap jari pada skrin dengan kelajuan imbasan hanya 0.25 saat sahaja.

Sama seperti Meizu 16th, model baharu ini turut menyokong keupayaan penggambaran yang sama iaitu dwi kamera utama beresolusi 12MP IMX380 + IMX350 dengan saiz piksel sebesar 1.55μm. Tidak cukup dengan itu ia juga didatangkan dengan teknologi HDR, OIS dan juga AI. Manakala penggambaran swafoto pula dibantu oleh kamera beresolusi 20MP.

Dengan sokongan kapasiti bateri hanya 3100 mAh, Meizu 16X akan dijual pada harga CNY2098 (kira-kira RM1268) untuk varian 6GB + 64GB, dan CNY2398 (kira-kira RM1450) untuk varian 6GB + 128GB.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend