Meizu 16X Dengan Snapdragon 710 Dan Dwi Kamera IMX380 + IMX350 Akan Dilancarkan Pada 19 September Comments Off on Meizu 16X Dengan Snapdragon 710 Dan Dwi Kamera IMX380 + IMX350 Akan Dilancarkan Pada 19 September

Meizu sebelum ini telah melancarkan dua model terbaharunya yang dioperasikan oleh Qualcomm Snapdragon 845 beserta paparan Super AMOLED dengan kemunculan Meizu 16 dan Meizu 16 Plus pada awal Ogos lalu.

Baru-baru ini Meizu telah mengesahkan akan hadir dengan satu lagi model dari siri Meizu 16 yang disasarkan pula untuk segmen pasaran kelas pertengahan. Melalui laman Weibo, Meizu telah mengesahkan bahawa Meizu 16X akan dilancarkan secara rasmi pad 19 September nanti di Beijing, China.

Hari ini CEO Meizu sendiri telah mendedahkan bahawa Meizu 16X akan dioperasikan dengan pemproses terbaharu dari Qualcomm iaitu Snapdragon 710. Meizu 16X juga dipercayai akan menyokong RAM berkapasiti 6GB, paparan skrin 6.0 inci Super AMOLED FHD+ (2160 x 1080 piksel), dan juga bateri 3100 mAh dengan sokongan teknologi pengecasan pantas.

Rekaan takuk yang dipercayai milik Meizu 16X.

Lebih menariknya Meizu 16X juga bakal hadir dengan keupayaan penggambaran terbaik di dalam kelasnya melalui sokongan dwi kamera IMX380 + IMX350. Prestasi penggambarannya telah diperhebatkan lagi dengan teknologi ArcSoft yang mampu memperbaiki kualiti imej di dalam persekitaran yang gelap. Malah teknologi ini turut menawarkan fungsi zum optikal maya dan juga keupayaan depth-sensing (bokeh).

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend