Meizu 16th Dan 16th Plus Kini Diperkenalkan Dalam Kemasan Warna Dua Tona, Dikenali Sebagai Aurora Blue Comments Off on Meizu 16th Dan 16th Plus Kini Diperkenalkan Dalam Kemasan Warna Dua Tona, Dikenali Sebagai Aurora Blue

Serentak dengan majlis pelancaran model Meizu 16X, Meizu turut mengumumkan kemunculan warna baharu untuk siri Meizu 16th yang telah dilancarkan secara rasmi pada bulan lepas. Penawaran warna baharu Aurora Blue dengan sentuhan kemasan warna dua tona ini secara tidak langsung melengkapi pilihan warna sedia ada iaitu Night Black dan Mountain White.

Meizu 16th dan Meizu 16th Plus sebelum ini ditawarkan dalam warna hitam dan putih.

Meizu 16th dan 16th Plus dalam warna baharu Aurora Blue ini akan dijual pada harga yang lebih tinggi berbanding dua warna sedia ada iaitu bermula dari CNY2798 (kira-kira RM1690) untuk model Meizu 16th, dan CNY3298 (kira-kira RM1,993) untuk model Meizu 16th Plus. Berbeza dengan warna biasa, warna dua tona ini dijual CNY100 (kira-kira RM60) lebih mahal.

Sebagai rujukan, siri Meizu 16th disasarkan untuk segmen kelas atasan kerana menyokong spesifikasi tinggi seperti Qualcomm Snapdragon 845, RAM berkapasiti 6GB, ruang storan sehingga 256GB, paparan skrin 6.0 inci/6.5 inci AMOLED FHD+, dwi kamera utama 12MP, kamera swafoto 20MP, dan juga dioperasikan dengan Flyme UI berasaskan Android 8.0 Oreo.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend