Meizu 16 Dan 16 Plus Kini Dilancarkan, Sokong Paparan Super AMOLED, Pengimbas Cap Jari Pada Skrin Dan Snapdragon 845 Comments Off on Meizu 16 Dan 16 Plus Kini Dilancarkan, Sokong Paparan Super AMOLED, Pengimbas Cap Jari Pada Skrin Dan Snapdragon 845

Sebagaimana yang telah kami laporkan sebelum ini, Meizu dilaporkan akan melancarkan siri Meizu 16 pada tarikh 8 Ogos 2018, dan hari ini dua model iaitu Meizu 16 dan Meizu 16 Plus telah didedahkan secara rasmi kepada umum di Beijing, China.

Berbeza dengan pendekatan kebanyakan pengeluar yang hadir dengan rekaan skrin bertakuk, Meizu 16 dan 16 Plus ternyata menampilkan rekaan skrin penuh tanpa takuk dengan sokongan paparan Super AMOLED. Kedua-dua varian ini menyokong spesifikasi yang sama, kecuali pada saiz skrin dan juga kapasiti bateri.

Meizu 16 menyokong skrin yang lebih kecil iaitu berukuran 6.0 inci Super AMOLED FHD+ dengan bateri 3010 mAh. Manakala Meizu 16 Plus pula hadir dengan skrin 6.5 inci Super AMOLED FHD+ dengan bateri 3640 mAh. Terdapat tiga varian ditawarkan untuk kedua-dua model ini dengan harga jualan seperti berikut:

Meizu 16:

  • 64GB + RAM 6GB – CNY2,698 (kira-kira RM1,607)
  • 128GB + RAM 6GB – CNY2,998 (kira-kira RM1,786)
  • 128GB + RAM 8GB – CNY3,298 (kira-kira RM1,965)

Meizu 16 Plus:

  • 128GB + RAM 6GB – CNY3,198 (kira-kira RM1,905)
  • 128GB + RAM 8GB – CNY3,498 (kira-kira RM2,084)
  • 256GB + RAM 8GB – CNY3,998 (kira-kira RM2,382)
Meizu 16 dan Meizu 16 Plus ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu hitam dan putih.

Spesifikasi Meizu 16 dan Meizu 16 Plus:

  • Flyme OS 7 (berasaskan Android 8.1 Oreo)
  • Qualcomm Snapdragon 845
  • 6.0 inci / 6.5 inci Super AMOLED FHD+
  • Kamera utama: 12MP (IMX380) + 20MP (IMX350), OIS
  • Kamera hadapan: 20MP
  • 3010 mAh / 3640 mAh
  • Teknologi pengecasan pantas mCharge
  • WiFi 802.11ac, Bluetooth 5.0
  • Pengimbas cap jari pada skrin
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend