MediaTek Umum Satu Lagi Cipset Khusus Untuk Telefon Pintar Gaming Bajet – Helio G80 Comments Off on MediaTek Umum Satu Lagi Cipset Khusus Untuk Telefon Pintar Gaming Bajet – Helio G80

Pada pertengahan bulan Januari 2020 yang lalu, MediaTek telahpun mengumumkan kehadiran cipset gaming untuk telefon pintar segmen bajet terbaharunya iaitu Helio G70.

Nampaknya baru-baru ini MediaTek telah tampil dengan satu lagi cipset untuk segmen yang sama, melalui pelancaran cipset Helio G80 yang juga berasaskan proses 12nm.

Secara keseluruhannya, Helio G80 sebenarnya hadir dengan sokongan spesifikasi yang sama sahaja seperti Helio G70. Ini termasuklah penggunaan empat teras Cortex-A75 @ 2.0GHz + empat teras Cortex-A55 @ 1.8GHz.

kredit: XDA Developers

Malah keupayaan grafik pada Helio G80 juga masih mengekalkan sokongan GPU Mali-G52 2EEMC2. Namun begitu, frekuensi maksimumnya telah dipertingkatkan kepada 950MHz, berbanding hanya 820MHz pada Helio G70.

Walaupun tidak dilengkapi cip AI terbina-dalam sebagaimana Helio G90, cip ISP pada Helio G80 masih berupaya menyokong fungsi pengecaman objek pada Google Lens, Smart Photo Album, pengecaman persekitaran, dan banyak lagi.

sumber, melalui

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend