MediaTek Perkenal Dimensity 800 Yang Merupakan Cipset 5G Untuk Peranti Kelas Pertengahan Comments Off on MediaTek Perkenal Dimensity 800 Yang Merupakan Cipset 5G Untuk Peranti Kelas Pertengahan

Pada penghujung November tahun lepas, MediaTek telahpun memperkenalkan cipset 5G yang disasarkan untuk peranti mercu dengan kemunculan cipset MediaTek Dimensity 1000. Bahkan OPPO Reno3 telah dilancarkan sebagai telefon pintar pertama di pasaran dikuasakan dengan cipset ini.

Bagi memastikan capaian rangkaian 5G yang lebih meluas, MediaTek kini telah memperkenalkan pula cipset 5G untuk peranti kelas pertengahan dengan mengumumkan cipset MediaTek Dimensity 800 dalam acara CES 2020. Dibangunkan menggunakan proses 7nm, cipset ini menyokong teknologi 2CC carrier aggregation yang mampu menawarkan liputan yang lebih luas sehingga 30%.

Siri MediaTek Dimensity merupakan cipset yang dibangunkan khusus untuk telefon pintar dengan sokongan rangkaian 5G.

Direka untuk menyokong rangkaian sub-6GHz (SA dan NSA), MediaTek Dimensity 800 turut dilengkapi ciri Dynamic Spectrum Sharing (DSS) dan juga servis VoNR iaitu panggilan suara menggunakan rangkaian 5G.

Cipset lapan teras ini dijana oleh empat teras besar Cortex-A76 berkelajuan 2GHz dan juga empat teras kecil Cortex-A55 yang juga memiliki kelajuan frekuensi yang sama. Keupayaan grafiknya pula sama seperti Dimensity 1000 iaitu menggunakan GPU ARM Mali-G77 MC9 yang digandingkan dengan teknologi MediaTek HyperEngine 2.0 untuk prestasi lebih baik.

MediaTek Dimensity 1000 yang diperkenalkan November lepas menyokong empat teras utama yang lebih berkuasa daripada Cortex-A77 berkelajuan 2.6GHz.

Manakala untuk penggambaran pula, Dimensity 800 berupaya menyokong sehingga satu sensor 64MP ataupun dwi kamera beresolusi 32MP + 16MP. Tidak cukup dengan itu, ia juga menawarkan fungsi rakaman video 4K HDR, dan juga mod AI HDR.

Telefon pintar pertama yang akan dikuasakan dengan cipset Dimensity 800 akan mula diperkenalkan pada separuh pertama tahun 2020 ini.

sumber

Baca juga:

MediaTek Dimensity 1000 Diperkenalkan Dengan Sokongan Dwi SIM 5G, WiFi 6 Dan Bluetooth 5.1

MediaTek Akan Perkenal Cip 5G Khusus Untuk Telefon Pintar Kelas Pertengahan Pada Tahun 2020

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend