MediaTek Helio P65 Diumumkan Dengan Keupayaan Gaming dan Kamera Lebih Baik Comments Off on MediaTek Helio P65 Diumumkan Dengan Keupayaan Gaming dan Kamera Lebih Baik 320

MediaTek hari ini telah memperkenalkan cip pemproses generasi terbaru yang dinamakan Helio P65. Cip berteknologi 12nm ini dikatakan telah dinaiktaraf untuk pengalaman permainan mudah alih yang lebih baik serta keupayaan kecerdasan buatan yang berganda selain menyokong kamera yang lebih besar.

MediaTek Helio P65 hadir dengan sistem lapan teras melalui sepasang cip daripada ARM Cortex-A75 2GHz dan enam cip Cortex-A55.  Kombinasi cip-cip ini menawarkan prestasi 25% lebih baik berbanding pesaing dalam kategori yang sama.

Teknologi MediaTek CorePilot pula dapat mengekalkan prestasi yang boleh dipercayai serta konsisten tanpa mengira berapa lama anda memainkan permainan. P65 dibina dengan VoW (voice on wakeup) yang berupaya mengoptimumkan saiz platform dan penggunaan kuasa.

MediaTek juga telah memisahkan saluran audio untuk arahan suara dan panggilan dari media dan permainan bagi menjanjikan kualiti yang lebih baik. Prestasi AI (kecerdasan buatan) pula kini dipertingkatkan sekali ganda daripada cip terdahulu malah turut menawarkan kelajuan 30% dalam pengecaman imej (Google Lens), Smart Photo Album, penggambaran foto Bokeh (satu atau dwi-kamera), dan lain-lain lagi.

P65 juga difahamkan menyokong penggambaran sensor bersaiz besar seperti sistem dwi-kamera sehingga 16MP+16MP. Lebih mudah lagi, ia dapat menyokong sensor kamera 48MP dan sistem pengecaman wajah melalui teknologi ISP (image signal processor) terbaru mampu menyahkunci telefon dengan lebih pantas serta selamat.

MediaTek Helio P65 kini dikeluarkan secara besar-besaran dan akan dibekalkan kepada pengeluar telefon pintar bemula bulan hadapan.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend