MediaTek Dimensity 1000 Diperkenalkan Dengan Sokongan Dwi SIM 5G, WiFi 6 Dan Bluetooth 5.1 Comments Off on MediaTek Dimensity 1000 Diperkenalkan Dengan Sokongan Dwi SIM 5G, WiFi 6 Dan Bluetooth 5.1

Tidak dapat disangkal lagi bahawa sebelum ini MediaTek sememangnya lebih sinonim di kalangan pengguna telefon pintar sebagai jenama cipset yang kurang berkuasa dan tidak setanding cipset popular seperti Qualcomm. Tetapi sejak kebelakangan ini tanggapan itu mungkin tidak lagi relevan.

MediaTek baru-baru ini telah mengumumkan kehadiran cipset mercu terbaharunya iaitu MediaTek Dimensity 1000 yang dibangunkan berasaskan proses 7nm. Hadir dengan sokongan lapan teras yang terdiri daripada 4x Cortex-A77 berkelajuan 2.6GHz + 4x Cortex-A55 2.0GHz, ia mampu menyokong paparan skrin QHD+ dengan kadar segar semula 90Hz.

Menariknya Dimensity 1000 juga merupakan cipset pertama hadir dengan sokongan dwi SIM 5G, yang mampu mencatatkan kelajuan muat turun sehingga 4.7Gbps dan kelajuan muat naik sehingga 2.5Gbps. Selain itu ia juga turut menyokong sambungan WiFi 6 (WiFi 802.11ax), serta Bluetooth 5.1.

Berdasarkan perkongsian skor yang diperolehi melalui ujian penanda aras AnTuTu v8, cipset MediaTek Dimensity 1000 berjaya mencatatkan lebih daripada 500,000 mata. Sekaligus mengatasi prestasi cipset Qualcomm Snapdragon 855+ dan juga cipset A13 Bionic daripada Apple.

Baca juga:

MediaTek Akan Perkenal Cip 5G Khusus Untuk Telefon Pintar Kelas Pertengahan Pada Tahun 2020

Redmi Note 8 Pro Dengan Cipset Helio G90T Berjaya Catat Skor Lebih 280,000 Di AnTuTu

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend