MediaTek Catat Margin Kasar Lebih 40% Untuk Suku Pertama 2019 Dengan Jangkaan Pendapatan Lebih RM8b Menjelang Suku Kedua Comments Off on MediaTek Catat Margin Kasar Lebih 40% Untuk Suku Pertama 2019 Dengan Jangkaan Pendapatan Lebih RM8b Menjelang Suku Kedua

MediaTek selaku pengeluar cipset yang sering menjadi pilihan untuk dioperasikan pada peranti bajet dan kelas pertengahan, baru-baru ini telah berkongsi laporan kewangannya untuk suku pertama tahun 2019.

Berdasarkan perkongsian daripada portal digitimes, MediaTek dilaporkan telah mengalami penurunan keuntungan bersih sebanyak 16.2% berbanding tempoh yang sama dengan mencatatkan NT3.42 bilion (kira-kira RM458 juta). Namun begitu, margin kasar syarikat ini telah memperlihatkan kenaikan lebih 40% berbanding sebelum ini.

MediaTek juga telah menjangkakan pendapatan antara NT59.6 bilion (kira-kira RM8 bilion) hingga NT64.8 bilion (kira-kira RM8.7 bilion) menjelang suku kedua tahun 2019 nanti, iaitu kenaikan antara 13% hingga 21% dengan kenaikan margin kasar daripada 39% hingga 42%.

Janaan pendapatan ini akan dibantu dengan pengedaran cipset Helio P70 yang akan diperluaskan menjelang suku kedua tahun ini, dan juga telefon pintar yang dijana dengan cipset Helio P90 di pasaran dalam tempoh yang sama. Manakala siri cipset berasaskan 5G pula akan diperkenalkan menjelang hujung tahun 2019.

sumber

Baca juga:

MediaTek Sedang Membangunkan Cipset 7nm Dengan Sokongan Rangkaian 5G

MediaTek Helio P90 Dengan Prestasi AI Setanding Snapdragon 855 Dilancarkan Untuk Peranti Kelas Pertengahan

MediaTek Helio P70 Kini Dilancarkan Dengan Peningkatan Prestasi Sehingga 13% Berbanding Generasi Sebelumnya

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend