McDelivery Kini Membuat Penghantaran Makanan 24/7 Dengan Kerjasama Foodpanda Comments Off on McDelivery Kini Membuat Penghantaran Makanan 24/7 Dengan Kerjasama Foodpanda

Rangkaian makanan segera terbesar Malaysia, McDonalds hari ini mengumumkan syarikat mereka kini menawarkan perkhidmatan penghantaran makanan 24 jam sehari bertujuan untuk memenuhi permintaan pelanggan yang kian meningkat. Dalam masa sama McDonalds juga menaik taraf aplikasi mereka dengan memberi tawaran istimewa dan fungsi pemesanan yang lebih pelbagai.

Untuk memberikan perkhidmatan yang lebih pantas dan efisyen, McDonalds turut mendapat kerjasama daripada perkhidmatan penghantaran makanan terkenal, Foodpanda. Dengan sokongan Foodpanda kini kawasan penghantaran dapat diperluaskan selain masalah kekurangan penunggang dapat dikurangkan.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend