Maxis Perbaharui Pelan Zerolution OPPO R15 Pro Dengan Hanya RM46 Sebulan Tanpa Bayaran Pendahuluan Comments Off on Maxis Perbaharui Pelan Zerolution OPPO R15 Pro Dengan Hanya RM46 Sebulan Tanpa Bayaran Pendahuluan

Bermula 28 Jun 2018, pelanggan Maxis kini boleh memiliki OPPO R15 Pro tanpa perlu membuat bayaran pendahuluan (bergantung kepada terma dan syarat) dengan langganan pakej Maxis Zerolution serendah RM46 sebulan melalui pelan MaxisONE 188. Komitmen bulanan dengan ikatan kontrak 24 bulan ini telah memperlihatkan perubahan harga yang lebih rendah berbanding pakej Maxis Zerolution yang diumumkan pada pertengahan Jun lalu.

Manakala langganan pakej MaxisONE 158 dan juga MaxisONE 128 pula masing-masing menawarkan komitmen bulanan sebanyak RM61 dan RM76 dengan kontrak selama 24 bulan. OPPO R15 Pro ditawarkan dalam dua warna pilihan iaitu Cosmic Purple dan juga Ruby Red.

Kemas kini: Harga komitmen bulanan untuk pelan MaxisONE 158 dan MaxisONE 128 turut menerima perubahan dengan bayaran bulanan yang lebih rendah berbanding sebelum ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend