Maxis Home Fibre: Pendaftaran Baharu Akan Diberikan Dongle 4G LTE Untuk Sementara Waktu Comments Off on Maxis Home Fibre: Pendaftaran Baharu Akan Diberikan Dongle 4G LTE Untuk Sementara Waktu

Memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 28 April 2020 yang mana hari ini merupakan hari pertama untuk fasa ketiga, orang ramai nampaknya mempunyai masa yang lebih panjang untuk berada di rumah. Bagi anda yang berhasrat untuk memasang jalur lebar internet tanpa had di rumah, Maxis Home Fibre sekarang menawarkan pakej pra-pemasangan.

Pakej pra-pemasangan ini didatangkan dengan penghala (WiFi router), dongle (pemacu USB), dan SIM 4G LTE iaitu merupakan set lengkap yang menggantikan jalur lebar fiber yang kini tidak boleh dipasang di premis rumah anda berikutan pelaksanaan PKP.

Pra-pemasangan ini ditawarkan kepada pendaftaran baharu bermula 13 April 2020 malah menurut Maxis pemasangan tetap pula akan dilakukan tidak lebih dari 2 bulan selepas itu. Anda juga harus memulangkan semula dongle dan kad SIM selepas pemasangan fiber dibuat. Sekiranya anda mengubah fikiran untuk membatalkan langganan sepanjang tempoh pra-pemasangan, denda RM200 akan dikenakan. Denda RM200 lagi pula jika dongle dan kad SIM tidak dipulangkan.

Berikut merupakan pilihan internet tanpa had Maxis Home Fibre yang boleh dipilih:

  • RM89 – 30Mbps / 30Mbps
  • RM129 – 100Mbps / 50Mbps
  • RM149 – 300Mbps / 50Mbps
  • RM219 – 500Mbps / 100Mbps (percuma 2 unit Mesh WiFI)
  • RM299 – 800Mbps / 200Mbps (percuma 2 unit Mesh WiFI)

Bagi pelanggan sedia ada MaxisOne Plan, pelan anda akan dinaik taraf ke MaxisOne Prime yang mana anda boleh menikmati data internet tanpa had sama seperti pelan Maxis Home Fibre.

Sekiranya anda berminat untuk menambah Apple TV 4K 64GB kedalam pakej, Maxis sedia menawarkan add-on tersebut pada harga RM39 sebulan (selama 24 bulan).

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend