Maxis Dan Celcom Mendominasi Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Daripada Opensignal Comments Off on Maxis Dan Celcom Mendominasi Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Daripada Opensignal 245

Jika DxOMark menjadi rujukan untuk melihat tanda aras keupayaan penggambaran pada telefon pintar, Opensignal pula lebih sinonim sebagai rujukan untuk rangkaian mudah alih di kalangan pengguna dari seluruh dunia. Melalui laporan terkini yang dikongsikan oleh Opensignal, Maxis dan Celcom telah diiktiraf sebagai peneraju dalam menawarkan pengalaman rangkaian mudah alih tempatan.

Berdasarkan pengumpulan dan analisa yang diukur daripada 971,486 peranti menggunakan aplikasi Opensignal oleh pengguna Malaysia sepanjang tempoh tiga bulan (Jun 2019 hingga Ogos 2019), satu laporan telah berjaya didedahkan seperti berikut:

  • Maxis dan Celcom dilihat terus mendominasi telco tempatan apabila 5 daripada 6 kategori telah berjaya dirangkul oleh kedua-dua telco ini. Malah Maxis dan Celcom juga dilihat jauh meninggalkan pesaingnya yang lain.
  • Celcom merangkul anugerah untuk ketersediaan rangkaian 4G dan jauh mengatasi telco lain dengan skor purata mencecah 87.6%.
  • Celcom juga merangkul anugerah untuk ‘Pengalaman Latensi’ dengan mencatatkan masa ping terendah iaitu 43.2 milisaat.
  • Maxis pula memenangi anugerah ‘Pengalaman Kepantasan Muat Turun’ daripada Opensignal dengan kelajuan purata 17.7Mbps. Malah ia juga memenangi anugerah untuk ‘Pengalaman Kepantasan Muat Naik’ dengan kelajuan purata 6.6Mbps. Namun begitu, Celcom dilihat tidak ketinggalan terlalu jauh dengan kepantasan muat turun purata 16.3Mbps dan juga purata muat naik 6.4Mbps.
  • Berdasarkan laporan itu juga, kepantasan muat turun tidak menjanjikan ‘Pengalaman Video’ terbaik kerana Celcom telah berjaya merangkul anugerah ini dengan mencatatkan skor ‘Baik’ iaitu 63.5 poin daripada 100 poin penuh.
  • Telco terbaru di pasaran iaitu Unifi juga telah berjaya merangkul anugerah untuk kategori ‘Pengalaman Aplikasi Suara’ yang pertama kali diperkenalkan dengan skor sebanyak 77.5 poin. Kategori ini akan mengambil kira kualiti panggilan suara termasuklah WhatsApp, Skype, Facebook Messenger dan sebagainya.

This slideshow requires JavaScript.

Laporan ‘Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Opensignal’ ini disediakan melalui analisis daripada prestasi operator mudah alih Malaysia merentasi 12 buah negeri. Melalui penyediaan laporan ini, ia dirasakan boleh menjadi panduan kepada pengguna tempatan dalam mengetahui telco tempatan mana yang terbaik bagi setiap negeri seperti berikut:

Johor:

This slideshow requires JavaScript.

Kedah:

This slideshow requires JavaScript.

Kelantan:

This slideshow requires JavaScript.

Kuala Lumpur:

This slideshow requires JavaScript.

Melaka:

This slideshow requires JavaScript.

Negeri Sembilan:

This slideshow requires JavaScript.

Pahang:

This slideshow requires JavaScript.

Perak:

This slideshow requires JavaScript.

Pulau Pinang:

This slideshow requires JavaScript.

Putrajaya:

This slideshow requires JavaScript.

Sabah:

This slideshow requires JavaScript.

Sarawak:

This slideshow requires JavaScript.

Selangor:

This slideshow requires JavaScript.

Terengganu:

This slideshow requires JavaScript.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi Opensignal.

Baca juga:

Kelajuan Muat Turun Internet Tidak Menentukan Pengalaman Tontonan Video Yang Lebih Baik – Opensignal

Celcom Memenangi Anugerah Liputan Rangkaian 4G Paling Luas Dan Kelajuan Muat Naik Terbaik Di Malaysia – Opensignal

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend