Mastercard dan PLUS Bekerjasama Melancarkan RFID di Utara Tanah Air Comments Off on Mastercard dan PLUS Bekerjasama Melancarkan RFID di Utara Tanah Air

Mastercard mengumumkan kerjasama dengan PLUS, pengendali lebuh raya terbesar di Malaysia untuk pelancaran program perintis PLUS RFID. Menerusi teknologi pembayaran Mastercard, PLUS RFID (Pengenalpastian Frekuensi Radio) akan membolehkan pembayaran tol yang selamat, mudah, serta lancar untuk pengguna lebuh raya di utara tanah air.

Program perintis akan bermula pada 15 Disember 2018 dan dilaksanakan di plaza tol di Pulau Pinang (Jambatan Pulau Pinang dan Butterworth-Kulim Expressway) dan di Kedah (Jitra). Kerjasama terkini Mastercard adalah sebahagian daripada komitmen syarikat dalam menyokong agenda kerajaan yang inginkan orang ramai mengamalkan konsep tanpa tunai.

Kerjasama ini sekaligus dapat menyelesaikan kaedah pembayaran konvensional yang memerlukan pengguna berhenti di pondok dan menyerahkan wang tunai. Tambahan, PLUS RFID dan Mastercard kini sedang memperluaskan kaedah pembayaran tanpa tunai ini di Hentian Rehat dan Rawat (RNR) Dengkil arah Selatan. Melaluinya, peniaga dapat menyediakan terminal tanpa tunai yang akan memudahkan pengguna untuk membeli barangan.

RFID akan dilancarkan secara berperingkat di semua lebuh raya PLUS dan disediakan kepada semua rakyat Malaysia. Pendaftaran kumpulan kedua kini dibuka secara percuma kepada orang ramai yang berminat. Peserta juga boleh mendaftarkan kad debit Mastercard atau kad kredit bersama butiran peribadi mereka.

Daftar RFID di https://plusmiles.com.my/rfid/

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend